
‘Saya Mohamad Yunus, itu bancuh teh nama Ali. Kaunter orang itu Bilal’
Saya dapat tiga nama baru hari ini. Ya, di kedai mamak berhampiran dengan rumah.
Menjengah sahaja, biasanya mereka ini akan terus ucap “Assalamualaikum Haji” dengan pelat mereka.
Saya belajar juga dari mereka. Ilmu berniaga. Pasang surut pelanggan yang masuk. Mereka juga suka berbual. ‘Beli jiwa’ kot.
Bos mereka, Nasruddin memilik beberapa rangkaian kedai termasuk di Kajang dan di seksyen lain. Mereka ini suka menyumbang jamuan di surau kami. Ya, zaman sebelum PKP tentunya. “Haji, itu surau ada apa-apa ceramah ka, kasi tau kita boleh hantar nasi beriyani ka apa ka”. Kadang-kadang segan juga sebab seganlah. Kan.
Mujur mereka ini jugalah yang meramaikan surau kami.
Saya dan anakanda bujang memang ‘Pe-mamak’.
No responses yet